PENGENALAN

PENGENALAN

1.1 KONSEP PENGAJARAN
Dalam konteks pendidikan formal, konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Pengajaran ini perlu dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti. Perlaksanaannya dengan kaedah dan teknik mengajar adalah bertujuan membimbing, menggalak dan memotivasikan murid demi memperoleh ilmu pengetahuan yang diperlukan.

1.2 KONSEP PEMBELAJARAN
Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Menurut Morgan dan King (1975) pula mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal kesan pengalaman yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani.

1.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran adalah sinonim dalam dunia pendidikan. Seandainya murid tidak mengikuti pengajaran guru, maka tidak wujud proses pembelajaran di kalangan murid. Begitu juga proses pembelajaran tidak berlaku jika tidak ada guru yang mengajar. Maka pengajaran dan pembelajaran harus berlaku serentak apabila guru dan murid sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

1.4 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Menurut Oldham dan Cuming (1996) menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Manakala Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasikan perkembangan dan penggunaan idea baru. Pengertian teknologi ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Dari semasa ke semasa pelbagai usaha dijalankan untuk memperbaiki masalah dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah menerapkan inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat melatih murid agar bertanggungjawab terhadap perkembangan prestasi akademik mereka tanpa bergantung kepada guru. Sebagai contoh slaid power point sebagai teknologi yang digunakan sebagai alat bantu mengajar melalui penggunaan inovasi dengan memasukkan alat bantu mengajar ini ke dalam aplikasi blog dan akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya teknologi, penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru di samping dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru dalam penggunaan teknologi. Contohnya dalam tugasan ini, penggunaan video yang berkaitan dengan tubuh badan digunakan sebagai set induksi diikuti oleh muzik dan juga pergerakan murid ke arah anggota badan masing-masing. Bahan visual yang menarik ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman murid  terhadap tajuk tersebut, bahkan mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa murid.

1.5 MODEL EKSPOSITORI
Model yang digunakan dalam tugasan ini ialah model ekspositori yang bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengjar sesuatu. Contoh dalam tugasan ini, murid mendengar dan melihat terlebih dahulu video anggota badan dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingati. Seterusnya murid akan mendengar penerangan tentang tubuh badan dan fungsinya oleh guru. Kemudian murid akan merekod apa yang dipelajari melalui latihan puzzle.

1.6 STRATEGI PEMUSATAN BAHAN
Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi yang digunakan dalam tugasan ini ialah strategi pemusatan bahan pelajaran dimana ia boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, video, televisyen dan sebagainya. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, bahan bercetak, computer dan sebagainya. Contoh dalam tugasan ini, bahan pengajaran ialah video dan slide manakala bahan pembelajaran ialah komputer di mana murid menggunakan komputer untuk membuat latihan puzzle.

No comments:

Post a Comment