CIRI-CIRI UTAMA
Antara ciri-ciri utama
tugasan ini adalah bahan atau kaedah yang digunakan dapat menjelaskan idea,
konsep da isi kandungan pelajaran. Contohnya video digunakan untuk
mengembangkan idea di mana murid menonton video yang menerangkan anggota tubuh
badan dan murid boleh menceritakan semula dengan menunjukkan anggota badan
masing-masing. Selain itu, bahan yang digunakan sesuai dan jelas untuk
digunakan oleh semua murid di mana guru menggunakan bahan yang mudah difahami
dan diterima serta temaktub dalam sukatan pelajaran.
Di samping itu, tulisan dan
gambar yang berwarna-warni digunakan bagi menarik minat murid. Sebagai contoh
tulisan yang digunakan mestilah besar dan mudah dibaca oleh pelajar. Gambar
yang ditayangkan perlu menarik dan mengandungi nilai estetika. Seterusnya bahan
yang digunakan mudah disimpan dan tahan lama di mana guru boleh menggunakan
semula bahan ini untuk rujukan, ulangkaji atau pengajaran yang akan datang.
Komunikasi berlaku secara dua
hala di mana komunikasi dan interaksi antara guru dan murid berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Peluang interaksi antara murid adalah positif di mana guru dan murid saling
bekerjasama seterusnya murid faham dan guru membuat kesimpulan terhadap apa
yang telah diajar. Guru juga boleh menggunakan alat bahan bantu mengajar ini
pada bila-bila masa kerana bbm ini akan dimasukkan ke dalam aplikasi blog.
No comments:
Post a Comment