Alhamdullilah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami dapat menyiapkan blog ini dan sekaligus dapat berkongsi maklumat mengenai Pra sekolah yang ada di Malaysia dengan rakan-rakan sekalian. Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah pedagogi kami iaitu En.Mohamad Khalid
Bin Mohd Jusoh dan En.Kalaiselvam a/l Patcheyapan kerana memberi kami tugasan untuk membuat blog ini. Jika kami tidak mendapat tugasan seperti ini mungkin kami tidak dapat melakukan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui tugasan ini kami dapat menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar yang berbeza berbanding sebelum ini. Kami telah menggunakan blog sebagai bahan bantu mengajar semasa di alam kelas. Melalui cara ini kami dapat menarik perhatian murid di dalam kelas. Secara tidak langsung ia telah menjadikan kami guru yang inovasi dan kreatif dalam mendidik anak bangsa. Harapan kami semoga pengunjug blog ini mendapat maklumat yang mereka kehendaki di blog ini. Selamat berkunjung ke blog kami...
